ak memang kuat mkn.gile sangat!agk suke bahan org (bhn yg baek2.)aku suke buang mase dgn pandang org disekeliling ak.mase tido ak same mcm bayi.tkd sape yg tau ak ney penyayang (ini sgt2 klaka).ak suke wane coklet ngn biru.ak tktau knp ak addicted to 'bantal busuk!' lately.ak student lg okayh..

20 January 2011

result!



RESULT MID SEM!!!

Okeysss... 4A 1C+..
C+ ney sngt mengganggu pemkiran ak..
walahhh..tp ALHAMDULILLAH..
ak sngt2 bersyukur...
sb mempermudah kan ag ak tok mendapat markah yg baek tok final ney..
AMINNNN...




kerja?

okeyss..
act mane2 pon ak leh keje..
tp bile ak pk2,bt perhintungan, nty tyme keje ak da susah nk cuti..
kalu keje kat joho, bile kale nk balik hometown?
okeys.. ak gn seza engat nk apply keje kat mlake..seng la cket..mybe kalu rendu2an sngt tu,lps ak abis keje,balik jela tampin..dkt je pon..bak kate zahid kat ak ' ala kn dr ruma ko nk ke mlake 20 minit je' (kurg asam,perli ak)..emh...advantage gak..sonang den..
tp kalu kat joho plk..gaji melimpah ruah..mano satu den nk pogi ney...lomah...
apoooo dayoooooo.....

kwn2 aku yg sengalllll...

hehehee...ak rase hidup ak da lengkap sngt2!! ade femli yg sentiase support ak..n kwn2 yg tk lekang layan perangai gile ak..hahaha...terutame ny maz gn seza..uishh..hehehe... gile ak..dyorg pon gile gak...hr tu ak gn seza lepak gn akak dy..pastu akak dy tunjuk kat ak buku 'RAHSIA TARIKH LAHIR' perghhh ad care2 wey nk tau fasal tarikh lahir kite...kire punye kire tarikh lahir ak..
ak dpt la tau serba bnyk pasal behaviour ak,kerjaye yg suit gn ak, n cm2 la..salah stu ny ak bakal menjdk jutawan yg suke mengumpul harte seperti rumah.tanah n mcm2 ag..seza plk bile kire tarikh lahir dy, dy pon bakal jdk jutawan n dermawan... pastu kitowg gelak kaw2 laa..fuhh.. ak ckp la gn seza : 'weh..pasney bile kaye kite men golf sesame r'.. sngt tk leh bla...hehehe..

emh..seda tk seda kitowg satu klas tk lame lg nk berpisah sb da abis blaja..sodeyh..kitowg makin rapat satu klas..makin2 sngt2..klua makn sesame..lepak makn bege dpn hostel smbil gelak2..makn kat mydin same2..heheh..

bdk klas ak ney hr tu bley plk nk kanen kn nabil gn ak..ak 'pangggg' krg!! hehehe..si nabil ney plk nk sakat org je kejeee..ey...meriah ny idupppp!!!

ak ske usik maz..bg dy mlatah..sat gi, dlm klas zahid dok sebelah ak, owh yer..zahid bdk baru klas ak...sat gi dy ckp r: 'ko ney gletek2 maz kang, dy bogel dlm klas nty,amik ko..'..hahaha.. bangang betol pny percakapan...

heyh...i will mis my classmate!!

17 January 2011

menaip semuleee..

syukur alhamdulillah..
new begining of my life..2011!!! 2010 tahun yg kalu bleh ak tknk engt da ap isi kandungan ny dl..
tp satu je yg ak tk ley nk lupe..KEJATUHAN HENSET AK DLM LUBANG TOILET YG AKHIRNYE MISSING CAMTU AJEH..sedeh woo..smua no fon gone skali gn henpon ak kat dlm lubang tuu..blm de bajet lg nk beli henpon baru..so nty2 la..

okay..ak da lame gile tk menaip sebab tersangat la bz...lg seminggu nk final...n then posting!! posting smpi ak abis blaja tp bulan 5 nty naek cllge kjap..sbb amik exam tok sem 8 n then budak klas ak n ak skali akan ke PANGKOR!! tok FAREWELL PARTY ktowg..fuhhh..3hr 2mlm tu pegi..tk sesabo nk tggu DINNER NIGHT!ktowg plan nk buat berCOUPLE..jeng3..sapela pasangan ak t..hehehe...nk crik baju ag tok malm dinner tu nty...bajet2!!

yg penting skrg..my life become so meaningful,teratur,tenang dgn ad ny org yg tersayag disisi..=)) ALHAMDULILLAH..

02 November 2010

pulang ke tampin

time kaseh AMRAN..
sb susah payah penat lelah anta ak balik smpi tampin..smpi ruma ak..
menjage keselamatan pny pasal..hehe..
tengs2...
n time kaseh bg ak drive kete br ko..hehe,,abis ak lenjan lubang2 kat jalan tu..huuu~
at las dpt jgk mkn mcD dgn ko..
time kaseh pade ak yg membelanjeee!




lupa aje laa..okeyy?


1.Lupakan kesalahan orang lain.
Bercakap tentang diri sendiri, biasanya jika saya tak boleh nak pujuk hati untuk maafkan orang yang buat salah dengan kita, hati kita sendiri yang rasa tak tenang . Kepala serabut sebab dalam hati ada titik-titik hitam.Dalam situasi sebegitu saya selalu berharap saya boleh lupakan saja kesalahannya. To forget is to forgive. Mudah-mudahan dengan melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah pula akan mengampunkan semua silap laku kita.

2.Lupa pada memori lampau yang sedih dan bersifat trauma.
Sampai bila nak hidup bersandarkan pada kenangan? Yang dah lalu biarkan berlalu. Yang dah pergi biarkan dia pergi.Yang dah lepas, jangan dikenang lagi.Bukan rezeki kita. Bukan jodoh kita. Bukan milik kita.Indahnya hidup jika boleh lupakan semua hal-hal lampau yang menyakitkan hati atau memalukan.Jangan simpulkan otak dengan ingat perkara-perkara yang menyakitkan hati.Tanamkan sifat pelupa dengan sibukkan diri dan jangan biarkan masa kita berlalu dengan HAZAN.

3.Lupa masalah.
Nasihat S pada saya suatu ketika dulu, jangan lari daripada masalah tapi cubalah untuk selesaikan masalah.Cakap memang senang.Nak tulis pun senang tapi nak realisasikannya tidak semudah makan kacang.Berat bahu memikul berat lagi mata memandang. Orang bermasalah selalunya tercari-cari apakah cara terbaik untuk melupakan masalah. Pergi berseronok ke Genting? Atau jalan-jalan hilangkan tekanan di KLCC? Seorang teman pernah berkongsi pada saya, jika dirinya bermasalah dia tidak suka berseronok keluar. Bukan semakin tenang, tetapi semakin stress dan susah hati. Katanya, ubat terbaik adalah zikir dan mengingati-Nya.




istikharah =))



Kenapa HARUS Istikharah?

Hidup adalah pilihan. Biarpun segalanya di tangan takdir, tetapi sebagai manusia kita tidak harus duduk diam dan bertawakkal bulat-bulat pada ketentuan. Atas dasar itulah kita disarankan untuk melakukan solat Istikharah. Tujuannya, mahu memohon pilihan yang PALING terbaik dan sesuai dengan kehendak-Nya.
Hukum Solat Istikharah bagi mereka yang mengalami masalah dalam memilih, adalah sunat muakkad. Jadi, tidak rugi bertanyakan pendapat-Nya. Istikharahlah seikhlas hati. Semoga Allah merungkai persoalan yang menggelungi hatimu.

Waktu Solat Istikharah.

Solat sunat Istikharah dilakukan sebayak 2 rakaat tidak kira siang atau malam asalkan tidak dilakukan pada masa yang mana solat sunat tidak boleh dikerjakan.Walau bagaimanapun, sesetengah pendapat mengatakan adalah lebih baik dilakukan pada waktu malam.

Doa sesudah Istikharah seperti yang direkodkan Bukhari dan Abu Daud.

'Wahai Allah, aku memohon petunjuk-Mu berkaitan urusan mana yang baik bagiku menurut ilmu-Mu. Aku memohon kesanggupan kepada-Mu dengan kudrat-Mu. Aku memohon daripada keutamaan-Mu yang besar, kerana Engkau Tuhan yang berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Tuhan yang mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Tuhan yang sangat mengetahui atas segala perkara yang ghaib.

Wahai Allah, apabila Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku dalam masa yang terdekat ataupun masa hadapan, takdirkan ia bagiku dan permudahkan. Kemudian, berikan berkat kepadanya. Apabila Engkau mengetahui pekerjaan ini buruk bagiku, agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku dalam masa yang cepat atau lambat,palingkan ia daripadaku dan palingkan aku daripadanya. Takdirkan kebaikan bagiku di mana saja dia berada. Kemudian jadikan hatiku meredainya.'


Hasil Istikharah.

Petunjuk dan jawapan daripada Allah adalah halus dan sentiasa cantik. Sama ada diberikan jawapan melalui gerak hati yang mantap ataupun mimpi ataupun dengan memperlihatkan sebarang tanda. Sambutlah jawapan Allah dengan berlapang dada. Juga harus diingat. Tidak semua solat Istikharah akan terjawab dengan hanya melakukannya sekali. Disarankan dilakukan berturut-turut dengan disertai puasa sunat.

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan engkau tidak mengetahui.'
(Al Baqarah: 216)

Mahu memilih jodoh yang terbaik. Mahu memilih bidang kerja yang terbaik. Mahu memilih apa saja jawapan yang terbaik. Mohonlah melalui Istikharah kepada Allah.


tk sempat.

now i'm busy with my life..
student life tyme...
hahaha..pax glerrrr klasssss....!! cm nk jerit pon de jgk..pening pale..so skrg mmg da jrg sgt nk update entries br..
mggu ney cohort 3 balik cllge..haha..dpt sakat kecik balik!! yeyyyy!!


29 October 2010

MATI..

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....